Tutorial Asas Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

Tutorial Asas Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

RM 24.00

ISBN:

978-629-7566-05-4

Categories:

General Academics

File Size

33.13 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

Terhasilnya buku ini adalah atas hasrat untuk berkongsikan sedikit pengetahuan mengenai kepelbagaian aplikasi atas talian terkini yang sering digunakan dalam bidang pendidikan kepada para pendidik dan juga pelajar. Sejajar dengan kehendak pendidikan abad 21, atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik di luar sana yang kurang pasti mengenai kesediaan perisian-perisian atas talian yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perkembangan pesat teknologi dan komunikasi memerlukan tahap pengetahuan golongan pendidik dan pelajar yang sentiasa peka terhadap kepelbagaian aplikasi pendidikan terkini atau sedikit terkebelakang. Hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai banyak masa dan minat untuk meneroka teknologi baru yang tersedia di atas talian. Justeru, perkongsian ini amat bermakna bagi membantu para guru atau pelajar-pelajar sebagai bakal pendidik di masa hadapan.

Bahan dalam penulisan buku ini adalah dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk pengalaman penulis sendiri, buku-buku rujukan terkini, artikel dan laman web yang berkaitan tidak lupa juga idea daripada para pelajar. Oleh yang demikian, buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh golongan pendidik dalam meneroka pengalaman baru dalam pengajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad 21 yang serba mencabar ini.