From 30,000 Feet With Love: Tak Ternoktah oleh jarak dan waktu

From 30,000 Feet With Love: Tak Ternoktah oleh jarak dan waktu

RM 22.00

ISBN:

978-967-2035-81-7

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.41 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (4)

Synopsis

Kecewa selepas mengetahui mereka tiada pertalian darah, si abang telah meninggalkan si adik tanpa pesanan. Tanpa sengaja, mereka kembali bertemu selepas berjaya mencapai cita-cita masing-masing sebagai guru dan juruterbang. Namun ia tidak disenangi si ‘adik’.

“Sofeya tak nak jumpa dengan abang lagi! Tak faham ke?” - Sofeya

“Tapi abang akan tetap tunggu di sini. Sampai Sofeya sudi nak berjumpa dengan abang.” - Adam

Namun pertemuan kali ini telah mewujudkan perasaan indah dalam diri Adam. Malangnya Sofeya sudah punya pilihan hati sendiri.

 “Abang, kenalkan tunang Sofeya... Nazmi.” - Sofeya

Enggan kehilangan Sofeya lagi, Adam mula merancang sesuatu. Sofeya harus dimiliki walau apa cara sekalipun. Namun setelah segalanya terbongkar, Sofeya semakin membenci dan menjauhkan diri.

“Jangan harap Sofeya akan buka hati Sofeya untuk abang!” - Sofeya

Ketika hubungan di hujung tanduk, kehadiran Nuhaira menjadi penyumbang semangat buat Adam. Hinggalah akhirnya Sofeya sedar siapa Adam di hatinya di saat Adam membuat keputusan untuk berhijrah ke Dubai.

“Abang dah tak sayang dengan Sofeya lagi?” - Sofeya

“Abang takkan seksa sayang dengan ikatan perkahwinan kita.” - Adam

Sudah terlambatkah untuk Sofeya kembali bersama Adam dan perbaiki hubungan mereka? Masihkah ada cinta buat Sofeya, atau Adam sudah tawar hati? Bagaimana pula dengan Nuhaira yang turut mencintai Adam?