Tadbir Urus Integrasi Data Sektor Awam Keperluan Model

Tadbir Urus Integrasi Data Sektor Awam Keperluan Model

RM 21.00

ISBN:

978-967-251-935-5

Categories:

General Academics

File Size

6.93 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Initiatif dalam mengurus pengintegrasian data di sektor awam berhadapan pelbagai cabaran, dan sehingga kini tidak ada model yang boleh dijadikan rujukan oleh sektor awam. Model yang ada hanya tertumpu kepada aspek teknikal, namun aspek tadbir urus integrasi data sering dipinggirkan dan dianggap remeh. Sektor awam selaku domain pemilik data terbesar dalam sesebuah negara memerlukan pengurusan integrasi data yang efisyen bagi menyokong pelan pendigitalan sektor awam. Antara isu dan cabaran dalam menjayakan inisiatif pendigitalan sektor awam di Malaysia ialah kekangan pelaksanaan integrasi data antara agensi sektor awam akibat ketiadaan akta yang menyokong dalam tadbir urus integrasi. Walaupun wujud akta dalam pengurusan data namun ianya membataskan inisiatif ini disamping kekangan faktor lain seperti budaya, kemahiran penjawat awam dan ketidakjelasan penjajaran strategi bisnes kepada strategi pendigitalan. Model yang dibangunkan ini diharap dapat dijadikan rujukan dalam tadbir urus integrasi data sektor awam bagi menambahbaik pelaksanaan inisiatif ini dan seterusnya menjadi asas ekosistem yang lengkap semasa pelaksanaan integrasi data sektor awam.