Pendahuluan kepada Pendekatan Penilaian ke atas Binaan Menara dan Struktur Pemancar Telekomunikasi bagi tujuan Kadaran dan Sewaan

Pendahuluan kepada Pendekatan Penilaian ke atas Binaan Menara dan Struktur Pemancar Telekomunikasi bagi tujuan Kadaran dan Sewaan

RM 22.00

ISBN:

978-629-7566-34-4

Categories:

General Academics
Engineering & IT

File Size

31.90 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini membincangkan secara ringkas mengenai kepentingan dan peranan penilai dan perunding harta tanah di dalam industri telekomunikasi di Malaysia. Industri telekomunikasi dan selular di Malaysia sedang berkembang dengan pesat dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahcapaian rakyat ke atas maklumat dan data melalui sistem telekomunikasi. Pembangunan infrastruktur telekomunikasi juga sedang berkembang pesat selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan rakyat. Oleh itu, pembinaan kemudahan dan infrastruktur telekomunikasi banyak didirikan di atas tanah-tanah kerajaan dan tanah bermilik di mana kebanyakan syarikat kemudahan infrastruktur telekomunikasi dan penyedia telekomunikasi agak sukar untuk mendapatkan tanah yang tidak memerlukan keluasan yang besar dan lebih selesa memilih tanah-tanah milik individu, organisasi dan kerajaan dalam mendirikan binaan struktur tersebut. Jika diteliti dari aspek keuntungan, industri telekomunikasi banyak menjana keuntungan kepada syarikat penyedia kemudahan dan infrastruktur telekomunikasi dan syarikat penyedia telekomunikasi. Namun begitu, sebagai pemilik tanah sama ada tanah kerajaan yang menjadi milik Kerajaan Negeri dan tanah bermilik dimiliki oleh individu atau organisasi, perkongsian keuntungan menjadi matlamat utama di mana pemilik tanah ini telah menjadi penyedia tapak kepada syarikat telekomunikasi bagi mendirikan kemudahan stesen dan menara pemancar telekomunikasi. Perkongsian keuntungan ini dapat diterjemahkan dalam dua bentuk hasil iaitu melalui sewaan yang diterima oleh pemilik dan juga percukaian yang dikenali sebagai cukai taksiran (kadaran) atau cukai pintu yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai nadi dan sumber untuk menyediakan kemudahan perbandaran di dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Dalam menaksir amaun cukai taksiran dan sewaan, peranan dan kepentingan penilai dan perunding harta tanah adalah diperlukan bagi menentukan nilai atau jumlah yang munasabah. Dengan menggunakan kaedah-kaedah penilaian yang bersesuaian, maka amaun cukai taksiran dan kadar sewaan munasabah dapat ditentukan. Dengan ini, kedua-dua pihak iaitu syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pemilik tanah serta masyarakat secara umum akan sama-sama dapat menikmati faedah daripada sektor telekomunikasi.