PEMIKIRAN TOKOH ULAMA BANJAR KEDAH

PEMIKIRAN TOKOH ULAMA BANJAR KEDAH

RM 38.00

ISBN:

978-629-7566-52-8

Categories:

General Academics

File Size

59.33 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah memaparkan pengkisahan tentang sejarah dan peranan ulama di Kedah khususnya ulama Banjar. Buku ini dibahagikan kepada 5 bab. Pada bahagian pengenalan, dihuraikan dengan jelas sejarah pemikiran Islam dan tiga aliran pemikiran Islam yang utama. Pada bab 1, dibincangkan secara terperinci kedatangan Islam ke Kalimantan Selatan dan Kedah. Pada bab 2, dihuraikan peranan ulama di Kedah khususnya dalam bidang pendidikan dan penulisan. Bab 3 pula membincangkan penulisan dan pemikiran Sheikh Muhammad Taib bin Mas’ud iaitu seorang ulama yang hidup sekitar akhir kurun ke-19 Masihi. Bab 4 membincangkan penulisan dan pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad Nasir iaitu seorang ulama yang hidup sekitar awal kurun ke-20 Masihi. Bab 5 memperkatakan tentang penulisan dan pemikiran Ustaz Ahmad Fahmi bin Zamzam iaitu ulama kontemporari. Buku ini cuba memperlihatkan kesinambungan dan perubahan yang berlaku pada pemikiran ketiga-tiga ulama tersebut kerana perbezaan zaman mereka hidup.  Dalam tempoh lebih kurang dua abad, negeri Kedah dan Kalimantan Selatan berkongsi menyaksikan kemunculan para ulama yang memainkan peranan besar dalam memberikan ilmu, memartabatkan bidang pendidikan agama, mencorakkan pemikiran dan membentuk budaya hidup masyarakat.