JANDAKU DICERAI TALAK TIGA

JANDAKU DICERAI TALAK TIGA

RM 15.00

ISBN:

missnas-jdtt

Categories:

Romance

File Size

5.40 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

“Sampai ke saat ini abang masih ikut telunjuk mak.” – Sofia “Sofia yang minta abang ceraikan Sofia. Sofia yang cabar abang.” – Hail Aariz HAIL AARIZ – Dia tidak pernah menyangka, akan rasa sesal yang sangat besar kerana sudah melepaskan isteri yang dicintainya dengan talak tiga. Mereka tidak boleh berkahwin kembali walaupun cinta semakin mekar dalam hati. Kehadiran wanita itu di Bali buat hati dan jiwanya terus diuji dan didera. SOFIA – Kerana mahu menenangkan diri dan memulakan hidup baru setelah dikecewakan oleh insan bernama lelaki, dia berhijrah ke Indonesia. Namun, bagaikan masih berjodoh, dia dan Aariz kembali terikat sebagai majikan dan pekerja. “Memandangkan Encik Aariz bos saya, kita kekal saja sebagai majikan dan pekerja. Tidak payah bawa-bawa hubungan duda-janda ini.” – Sofia Sofia masih ingat, bagaimana taatnya Aariz kepada orang tuanya. Keretakan rumah tangga mereka dulu berpunca dari campur tangan keluarga. Bekas mak mentuanya pernah cakap, wanita itu tidak mahu dia sebagai menantu lagi. Wanita itu mahu menerima menantu lain pula. Bagaimanapun, kerana akan satu hal, Sofia mula ubah pendirian dan matlamatnya iaitu cuba mendapatkan semula perhatian Aariz. Dia sudah mengukuhkan ‘pertahanannya’ sewaktu berdepan dengan bekas mak mentuanya itu nanti. Sementelah, Sofia tahu Aariz masih mahu mengahwininya lagi. “Mak tanya lagi Aariz soalan ini? Okey, Aariz jawap! Ya! Aariz akan kahwin balik dengan Sofia kalau masih diberi peluang oleh Allah.” – Hail Aariz Saban hari Aariz cuba untuk bertahan dengan godaan Sofia tetapi dalam diam Aariz masih melindungi wanita itu dari orang yang mahu menyakitinya. Namun hatinya bagaimana pula? Kenapa Sofia terus mendera hatinya? “Pasti ada jalannya abang. Kita masih boleh kahwin.” – Sofia “Abang tak sanggup tengok Sofia dengan lelaki lain dan membayangkan Sofia disentuh oleh dia. Hati abang tak kuat.” – Hail Aariz Paling Aariz takut akan kehilangan Sofia buat selama-lamanya ke tangan lelaki itu. Untuk mengetahui bagaimana pengakhirannya, jangan lupa dapatkan karya berbentuk novel digital ini.