Saya Remaja Kreatif dan Inovatif
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
“Rekacipta terbesar di dunia ialah minda seorang kanak-kanak.”
Thomas E. Edison
Setiap manusia dewasa pasti bermula dengan zaman kanak-kanak. Itulah zaman yang paling menyeronokkan. Kita bebas bermain, kita bebas berkarya. Tanpa perlu memikirkan masalah atau kesan daripada segala tindakan kita. Ketika zaman kanak-kanaklah kita berkreativiti dan berinovasi. Ada sahaja perkara-perkara kreatif kita lakukan ketika bermain.
Namun begitu, selepas kita makin meningkat dewasa, kreativiti kita semakin berkurang. Disebabkan faktor-faktor tertentu kita mula kurang untuk berkreativiti dan berinovasi. Jadi ada dua soalan yang perlu kita cetuskan:
Kenapa semangat dan perasaan untuk berkreativiti dan berinovasi itu semakin berkurang?
Bagaimana kita boleh merangsang kembali semangat kreativiti dan inovasi itu?
Buku ini bakal mencetuskan semula kegilaan berkreativiti itu dan sekali gus menjawab persoalan di atas. Buku ini bertujuan mencetuskan kembali nyala rasa dan potensi anak-anak muda khususnya remaja dan untuk kembali berkreativiti dan berinovasi.
Buku ini dilengkapi pelbagai permainan kreativiti dan inovasi yang menguji minda untuk menggalakkan kita sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadi kreatif dan inovatif. Selain itu, pembaca juga akan mengenali beberapa tokoh pencipta (inventor dan innovator).
Moga buku ini dapat mendorong anak-anak muda membangkitkan nyala rasa (passion) untuk berkreativiti dan berinovasi sebagai batu loncatan sebelum ke peringkat kreativiti dan inovasi yang lebih tinggi.