Prinsip Pemasaran

Prinsip Pemasaran

RM 35.00

ISBN:

9786297547572

Categories:

General Academics
Business & Management
Autobiography,Biography & Memoirs
Politics

File Size

2.82 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (2)

Synopsis

Prinsip Pemasaran adalah satu bidang asas yang perlu difahami oleh setiap individu. Buku ini mengupas asas bidang pemasaran dan hubung kaitnya dengan kehidupan seharian. Pengetahuan kepada prinsip ini adalah penting dalam merangka strategi perniagaan yang relevan. Perkembangan teknologi maklumat dan platform digital tidak pernah mengubah prinsip pemasaran tetapi ia berjaya mempelbagaikan cara pemasaran dilakukan. Pemasar tetap perlu menawarkan produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, bezanya produk dahulu mungkin tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Harga produk perlu bersesuaian bagi menarik minat pengguna, bezanya kini harga menjadi lebih murah kerana teknologi dapat mengurangkan kos, atau lebih mahal kerana melibatkan teknologi yang canggih. Produk tetap perlu diedarkan kepada pelanggan, bezanya kini terdapat pelbagai kaedah yang memudahkan pengedaran dilakukan. Akhir sekali, produk tetap perlu dikomunikasikan untuk menarik minat pelanggan, bezanya kini platform digital dan media sosial menyediakan kaedah komunikasi yang lebih dinamik. Semua prinsip asas dan perkembangan semasa pemasaran ini dikupas di dalam buku ini. Justeru, ia sangat sesuai untuk dimanfaatkan oleh pelajar, usahawan, pemilik dan pengurus perniagaan sebagai panduan dalam membentuk strategi campuran pemasaran yang berkesan.