Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) Dalam Hal Ehwal Berkaitan Orang Asli di Malaysia: Pengiktirafan Undang-undang dan Perlaksanaannya

Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) Dalam Hal Ehwal Berkaitan Orang Asli di Malaysia: Pengiktirafan Undang-undang dan Perlaksanaannya

RM 40.00

ISBN:

9786297547640

Categories:

General Academics
Law

File Size

0.84 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Isu mengenai hak Orang Asal sentiasa diperjuangkan tidak kira pada peringkat antarabangsa mahupun domestik. Salah satu isu yang sering hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan isu yang mana Orang Asal sentiasa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri bagi pekara-pekara yang melibatkan mereka. Sebaliknya, secara realiti, pihak kerajaan mahupun badan-badan lain yang akan membuat sesuatu keputusan bagi melaksanakan suatu projek pembangunan tanpa merujuk kepada Orang Asal yang terlibat. Pihak kerajaan atau badan-badan terlibat tidak melakukan sebarang sesi perbincangan mahupun konsultasi bersama Orang Asal yang akan terkesan dengan projek pembangunan tersebut. Buku ini akan memfokuskan kepada isu pelaksanaan prinsip Izin, Maklum Awal, Bebas, Telus (IMABT) di Malaysia terutamanya pemakaian prinsip ini terhadap Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri Sarawak.Prinsip IMABT adalah amat penting kerana dengan kejayaan pelaksanaan prinsip ini, ia akan dapat mengiktiraf hak Orang Asli dan Anak Negeri Sarawak serta dapat meningkatkan statuus sosioekonomi mereka. Justeru itu, buku ini akan merujuk kepada Filipina dan New Zealand sebagai negara rujukan dalam membentuk sebuah garis panduan cadangan pelaksanaan prinsip IMABT yang bersesuaian dengan Orang Asli dan Anak negeri Sarawak yang selari dengan DHOA serta praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia.