FIZIK ASAS UNTUK SAINS & KEJURUTERAAN FIZIK MODEN

FIZIK ASAS UNTUK SAINS & KEJURUTERAAN FIZIK MODEN

RM 20.00

ISBN:

978-629-7566-59-7

Categories:

General Academics
Science
School Reference

File Size

20.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku Fizik Moden ini merupakan salah satu sub-bidang fizik di bawah Siri Fizik Asas untuk Sains & Kejuruteraan. Topik-topik yang disusun di dalam buku ini merangkumi konsep asas cahaya, teori fizik klasik dan moden, sifat-sifat zarah bercas dan tindak balas nukleus yang merupakan asas kepada bidang Fizik Nukleus. Penerangan disampaikan dengan bahasa yang mudah berserta gambar rajah berlabel dan jadual membolehkan buku ini mudah difahami oleh pembaca. Bagi membantu pelajar memahami tajuk yang dibincangkan dengan baik, setiap tajuk disertakan dengan soalan dan contoh penyelesaiannya, selain disediakan ringkasan di akhir setiap bab. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar di peringkat pra-universiti.

Penulis, Jauharah Md Khudzari merupakan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sejak tahun 2008. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang sebelum menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Pahang dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Kesihatan) dan Sarjana Sains (Fizik) dari Universiti Teknologi Malaysia.

Profesor Dr. Husin Wagiran adalah staf akademik Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia semenjak tahun 1979. Beliau berkelulusan Ph.D dalam bidang Fizik Nuklear dari Aston University, Birmingham. Bukan sahaja berpengalaman luas dalam dunia penulisan buku ilmiah, beliau juga aktif menjalankan penyelidikan saintifik dan sudah berkecimpung  lebih 20 tahun.