Mengendalikan Pelanggan Hardcore: atau Pesakit, Peminjam, Klien, Tetamu, Penumpang, Subscriber dan sesiapa sahaja!

Mengendalikan Pelanggan Hardcore: atau Pesakit, Peminjam, Klien, Tetamu, Penumpang, Subscriber dan sesiapa sahaja!

RM 7.99

ISBN:

9789671983171

Categories:

Motivation
Business & Management

File Size

2.90 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku ringkas ini padat dengan model-model praktikal yang digabungkan dengan pelbagai tip, contoh dan cerita tentang cara mengendalikan individu yang cerewet. Matlamat buku ini adalah untuk membantu anda menenangkan pelanggan yang mencabar, mengekalkan pelanggan DAN mengurangkan tekanan anda. Walaupun tumpuan diberikan kepada pelanggan, kebanyakan konsep yang dikongsikan sesuai digunakan dalam kehidupan seharian seperti dengan bos, keluarga, pasangan, rakan, pelajar dan lain-lain. Penulis percaya bahawa konflik yang tidak ganas selalunya mempunyai kebaikan. Anda boleh mengatasinya dengan mentaliti yang betul.

Penulis memperoleh kepakaran dalam mengendalikan konflik dan pelanggan yang mencabar semasa bekerja dalam industri perbankan dan telekomunikasi, terutamanya semasa bekerja sebagai pengutip hutang di mana beliau berhadapan dengan pelanggan pada tahap terburuk mereka. Beliau telah menetap dan mengembara ke lebih 40 negara dan akan berkongsi pengalaman uniknya dalam mengendalikan pelbagai jenis pelanggan.

Steven F. Coyle

 Steve merupakan seorang warga Amerika yang telah menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Beliau merupakan Managing Consultant ServiceWinners International Sdn Bhd (www.servicewinners.com), sebuah syarikat latihan dan perundingan korporat. Beliau dan pasukan latihannya berkhidmat di seluruh rantau Asia-Pac dan dunia.

Antara buku beliau yang lain ialah: Good Boss, Better Boss dan Debt Collections: Stir-Fried or Deep-Fried? Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Malaysia dan mereka memiliki seorang anak lelaki. steve@servicewinners.com / +60 12 2000 998