Transformasi Usahawan Al-Falah Satu Refleksi

Transformasi Usahawan Al-Falah Satu Refleksi

RM 33.00

ISBN:

978-967-0922-64-5

Categories:

Business & Management

File Size

78.01 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini memerihalkan konsep al-falah yang berlatarbelakangkan nilai-nilai murni dalam disiplin keusahawanan Islam. Penulisan ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu dan turut memfokuskan kepada konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca muamalah Islam. Islam memandang serius persoalan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan manusia disebabkan elemen ini mempunyai peranan yang penting dalam mendidik manusia menjadi individu Muslim yang sejati. Buku ini memberi gambaran kepada pembaca berkaitan usahawan berjaya (al-falah) dari kaca mata muamalah secara jelas. Usahawan yang berjaya bukan sahaja hanya mengutamakan keuntungan dirinya secara tunggal dan mendapat pengiktirafan dunia semata-mata, sebaliknya mempunyai kecenderungan untuk menjana daya usaha demi kebaikan negara dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat amnya.