Bencana Banjir: Gangguan, Sokongan dan Adaptasi Sosial

Bencana Banjir: Gangguan, Sokongan dan Adaptasi Sosial

RM 17.00

ISBN:

978-629-7547-99-2

Categories:

General Academics
History

File Size

2.76 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa buku-buku sosiologi di Malaysia yang mengupas isu alam sekitar khususnya mengenai bencana banjir agak kurang di pasaran. Buku ini adalah hasil daripada rujukan penulis terhadap tulisan beberapa penulis lain sama ada di dalam negara mahupun di luar negara dari pelbagai sudut pandangan dan bidang kepakaran masing-masing dalam isu alam sekitar. Sejajar dengan perubahan iklim di Malaysia yang telah mencetuskan kepada kejadian banjir dan kesannya kejadian banjir semakin buruk akhir-akhir ini. Maka, terdapat inisiatif penyelidikan yang memberangsangkan dalam kalangan sarjana tempatan dalam tempoh dua dekad mutakhir ini. Pelbagai kajian terhadap bencana banjir telah dijalankan dalam pelbagai disiplin ilmu dan isu kajian. Buku ini adalah mewakili disiplin ilmu sosiologi yang mengaitkan bencana dan gangguannya dalam kehidupan harian komuniti berisiko dengan mengambil kira kajian kes bencana banjir 2014 di Hulu Dungun, Terengganu. Melihat sahaja kepada rentetan peristiwa bencana banjir yang berlaku selepas tahun 2014, maka wajarlah isu bencana banjir yang berlaku pada tahun tersebut mendapat perhatian ramai penyelidik. Isu alam sekitar ini dikaji dan dikupas oleh kerana kami berpendapat walaupun pengalaman peristiwa bencana banjir 2014 yang pernah mengejutkan seluruh Malaysia telah pun berlalu namun, isu alam sekitar dan bencana ini masih relevan dan sentiasa menjadi tumpuan para penyelidik. Hanya yang membezakan setiap peristiwa banjir adalah tempoh masa banjir berlaku, lokasi, tahap keterukan dan juga nilai kerugian.