ISI RUMAH B40 DI MALAYSIA - ISU KEWANGAN, CABARAN DAN SOLUSI

ISI RUMAH B40 DI MALAYSIA - ISU KEWANGAN, CABARAN DAN SOLUSI

RM 46.50

ISBN:

978-629-7590-22-6

Categories:

General Academics

File Size

7.85 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Golongan B40 adalah golongan rakyat yang mempunyai pendapatan paling rendah di Malaysia iaitu merangkumi 40 peratus isi rumah terendah daripada keseluruhan populasi negara. Buku Isi Rumah B40 di Malaysia: Isu Kewangan, Cabaran dan Solusi ini membincangkan mengenai isu dan cabaran kewangan berkaitan dengan pola pendapatan dan perbelanjaan, pemilikan barangan dan aset isi rumah, literasi kewangan, tingkahlaku kewangan, pola penggunaan teknologi kewangan, kerentanan kewangan, strategi penyelesaian masalah kewangan serta kesejahteraan kewangan isi rumah B40. Tidak dinafikan, isu berkenaan isi rumah B40 sering mendapat perhatian para penyelidik dan ahli akademik sejak berdekad dahulu. Matlamat utama penulisan buku ilmiah ini ialah untuk membantu kerajaan menggubal polisi yang relevan untuk merapatkan jurang di antara golongan kaya dan miskin serta meringankan beban sara hidup golongan yang paling rentan ini. Isu ini menjadi lebih kritikal apabila negara dan seluruh dunia secara amnya dilanda dengan wabak Covid-19 yang datang secara tidak diduga dan telah meninggalkan impak yang negatif kepada rakyat yang rata-rata tidak bersedia menghadapi kejutan ekonomi yang berpunca daripada wabak tersebut terutamanya golongan B40.