Kebaya Biru Samping Ungu

Kebaya Biru Samping Ungu

RM 18.00

ISBN:

kebayabirusampingungu

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.67 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

Kebaya Biru

Kali pertama terlihat Falisya, hari Yusoff sudah terpikat. Gigih dia ingin mengenali tetapi gadis itu tidak mahu didekati. Bagi Falisya, cinta bukan satu prioriti. Sedangkan bagi Yusoff, dia bagai sudah bertemu calon isteri.

 

"Saya datang ke sini bukan untuk mencari cinta. Saya mencari kasih yang hilang." Falisya.

"Kadang-kadang tak semua yang hilang itu akan ditemui. Tapi cinta yang datang itu jangan biarkan ia berlalu pergi." Yusoff.

Mampukah sepasang kebaya biru yang Yusoff hadiahkan mengubah perasaan dan pendirian Falisya?

 

Samping Ungu

 

Bila Iliani menjadi pemandu E-hailing secara sambilan, niatnya sekadar untuk mencari duit poket lebih.

Baru hari pertama bekerja, dia terpaksa berdepan dengan penumpang yang cerewet, pemarah dan poyo bernama Idriz. Rasa bengang sahaja bila kena 'sembur' dengan kata-kata Idriz yang menyakitkan hati.

 

Bila Idriz turun dari keretanya, Iliani berharap itulah kali pertama dan terakhir berurusan dengan lelaki itu. Namun siapa sangka, 'urusan' mereka tidak selesai di situ sahaja. Panjang lagi rupanya perjalanan mereka. Sehingga sehelai samping ungu menemukan mereka semula.