KISAH YANG KITA INGINKAN

KISAH YANG KITA INGINKAN

RM 15.00

ISBN:

978-967-2474-33-3RMAH

Categories:

General Novel
Romance
Wedding

File Size

1.92 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (1)

Author

NALEEN SY

Publisher

RMA STUDIO

Synopsis

Pertemuan di antara penulis novel yang bernama Fatimah dengan seorang editor bernama Luth, tidak seindah yang dijangka. Bak kata orang, seperti anjing dan kucing. Pantang berjumpa pasti ada saja benda yang mahu dibalahkan. Namun, lama kelamaan hubungan mereka jadi akrab. Semuanya gara-gara mereka berjiran.

 

Nukman, bekas teman lelaki Fatimah mula kembali menagih cinta. Desakan lelaki itu membuatkan Fatimah berasa tersepit.

 

“Mark my words, Fatimah. Aku akan buat apa saja untuk kau balik pada aku. Melainkan kau ada lelaki lain. Masa tu aku tak akan kacau kau. Ingat tu.” – Nukman.

 

Fatimah mula mati kutu sehingga dia membawa diri. Sedang menyembuhkan hati yang bengang, dia bertemu dengan Luth. Maka bermula detik di mana lelaki itu menjadi knight in shining amor, kononnya...

 

“Kahwin dengan saya.” – Luth.

“Apa encik mengarut ni?” – Fatimah.

“Mana ada saya mengarut, Cik Fatimah. Saya cakap betul ni. Kita kahwin.” – Luth.

“Ah! Saya tak setuju. Encik main-main. Encik tak serius pun.” – Fatimah.

 

Walaupun berkali-kali Luth cuba meyakinkan Fatimah, tetapi tetap juga tidak berhasil sehingga Nukman datang semula meminta jawapan. 

 

Disebabkan ugutan Nukman, akhirnya Fatimah beralah dan bersetuju untuk menerima idea bernas Luth.

 

Perkahwinan yang dilalui semuanya indah belaka. Namun, peristiwa pahit terjadi semasa mereka diambang percintaan. Itu mengakibatkan mereka semakin jauh. Dan Fatimah terasa semakin disisih.

 

Mungkinkah ada lagi cinta di antara mereka? Apakah mereka bisa berbaik semula? Atau kisah mereka akan terhenti di tengah jalan?