Di Dalam Takdirnya

Di Dalam Takdirnya

RM 28.00

ISBN:

978-967-2787-19-8

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (2)

Synopsis

Kematian kakaknya, Dahlia, membawa Anna Izzati ke Kuala Lumpur. Kebenaran yang dia terima membuatkan hatinya seperti dikhianati. Kakak yang dia sayang dan percaya rupanya selama ini membohonginya. “Tuan nak tolong saya sebab tuan kenal rapat dengan arwah kakak saya atau…” - ANNA “Katakanlah dia ada hutang yang belum dijelaskan dengan I, jadi you sebagai adik kenalah jelaskan hutang itu.”- TUAN ZACHARY Hutang apa yang belum dijelaskan? Anna keliru. Segala rahsia cuba dia selongkar. Namun masih tiada jawapannya. Yang dia tahu lelaki bernama Tuan Zachary itu pernah menjadi kekasih kakaknya sehingga kakaknya dikatakan mengandungkan anak lelaki itu. Tapi betul ke? “Jangan nak nafikan, tuan. Hal ini cuma kita saja yang tahu. Kalau anak itu bukan anak tuan, anak siapa lagi?”- ANNA “Macam mana anak itu boleh jadi anak I sedangkan I tak pernah bersama Dahlia?” - TUAN ZACHARY Terlalu banyak rahsia sehinggakan Anna sendiri buntu. Sesuatu terjadi dan dia menjadi isteri kepada Tuan Zachary. Angkara siapa? Ada nama Janna, Ziyad, Farish di dalam kehidupan seorang Anna Izzati. Apabila kepercayaan itu dikhianati, sudah terlewatkah untuk diubati?