Cina Peranakan Kampung Pasir Parit, Kelantan

Cina Peranakan Kampung Pasir Parit, Kelantan

RM 23.00

ISBN:

9786297575001

Categories:

General Academics

File Size

10.61 MB

Format

epub

Language

English

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Cina Peranakan merupakan sekumpulan subetnik Cina di negara ini. Mereka memperlihatkan identiti yang amat berbeza daripada orang Cina jati. Identiti mereka terdiri daripada identiti Cina yang diwarisi daripada generasi awal dan identiti yang dipupuk menerusi akulturasi oleh penduduk tempatan. Kebanyakan kajian tentang Cina Peranakan di negara ini tertumpu kepada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Baba dan Nyonya dari negeri Melaka dan Pulau Pinang. Padahal, terdapat juga sekumpulan Cina Peranakan yang besar yang menetap di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Malangnya, Cina Peranakan Kelantan tidak banyak dikaji oleh sarjana sedangkan amalan budaya mereka agak berbeza daripada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat dan wajar diberikan perhatian yang setimpal. Lagipun, kehidupan sosiobudaya mereka menyumbang kepada pengkayaan sosiobudaya negeri Kelantan. Monograf ini mengkaji Cina Peranakan Kelantan dengan memilih Cina Peranakan Kampung Pasir Parit sebagai satu kajian kes atas dua sebab utama. Pertama, mereka merupakan kumpulan Cina Peranakan yang terbesar di negeri Kelantan. Kedua, mereka tidak diserap oleh masyarakat Cina jati dan masih mengekalkan kebanyakan identiti Peranakan mereka.