Nilai Probatif Cap Jari Sebagai Keterangan di Malaysia

Nilai Probatif Cap Jari Sebagai Keterangan di Malaysia

RM 25.00

ISBN:

9786294860698

Categories:

General Academics
Engineering & IT
Family & Health
Law
Science

File Size

1.15 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Cap jari merupakan suatu bentuk keterangan yang penting dalam sesuatu kes di mahkamah khususnya dalam kes jenayah. Keterangan cap jari dapat digunakan untuk menentukan identiti seseorang dalam kes jenayah sama ada identiti penjenayah, mangsa ataupun pihak ketiga yang hadir di tempat kejadian. Oleh itu, kepentingan cap jari sebagai suatu bentuk keterangan pengecaman tidak dapat dinafikan. Cap jari telah digunakan sebagai kaedah pengecaman yang baik dari segi sejarah. Sehingga kini, cap jari masih menjadi keterangan yang popular di mahkamah. Sungguhpun demikian, terdapat juga pertikaian tentang nilai probatif yang diberikan kepada keterangan cap jari dalam sesuatu kes. Ada kes yang memberikan nilai yang tinggi kepada keterangan cap jari, manakala ada juga kes yang memberikan nilai yang rendah kepada keterangan cap jari kerana terdapat sabitan salah yang berlaku akibat kebergantungan yang tinggi pada keterangan cap jari. Buku ini merupakan karya yang membincangkan keterangan cap jari di Malaysia dengan menilai kedudukan di India dan United Kingdom. Lantaran itu, buku ini dapat menjadi bahan bacaan dan rujukan yang bernilai kepada semua pihak khususnya kepada pihak berkepentingan dalam bidang undang-undang.