Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

RM 38.00

ISBN:

9789670960654

Categories:

Politics

File Size

1.42 MB

Format

epub

Language

English

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

"Sebagai seorang ilmuan, Dr. Azhar Ibrahim menghayati isu-isu dalam Pengajian Melayu sebagai rangkaian yang kait mengait, memahami satu bidang memerlukan pengolahan bidang yang lain dalam wacana yang semakin meluas; sejarah menjurus ke tema kebebasan; orientalisme menilai kembali kesulitan dalam feudalisme; humanisme memperluaskan lagi makna dalam teks Melayu; multikulturalisme menyentuh pembinaan identiti; kekaburan akademik menyekat kefahaman masyarakat; neo-liberalisme menentukan arah pengajian seni dan sastera; idealisme diimbangi oleh perancangan dalam wacana pengajian yang baru. Dr. Azhar Ibarhim menyeru orang-orang muda supaya mengenali sejarah dan mengekalkan adab dan adat Melayu. Tema berpasangan ini yang dikupas begitu mendalam menaikkan lagi darjat Pengajian Melayu sebagai satu bidang ilmu yang sah dan berguna." Prof Dr Zakaria Ali Malaysia "Kelangkaan inteligensia Melayu Singapura yang peduli akan jatuh bangunnya bangsa Melayu Singapura, khususnya terhadap budaya yang menjurus mengenai seni sasteranya, menurut saya mula tumbuh kembali apabila kita mahu mengenal sosok peribadi Dr Azhar Ibrahim. Kegiatannya yang memunculkan pertemuan-pertemuan seperti CITA, KULIAH BUSTAN menjadi kenyataannya. Begitu pula dengan terbitnya buku Menyanggah Belenggu Keracunan Fikiran ini, mudah-mudahan akan lahir satu sosok ahli fikir yang berani mendobrak cara berfikir yang lazim membelenggu bangsa kita, insya-Allah." Suratman Markasan Sasterawan, Singapura