Song Series : Melody

Song Series : Melody

RM 25.00

ISBN:

978-629-99235-1-0

Categories:

Romance

File Size

4.56 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (1)

Synopsis

IRIS : Eka Fahara

Sofia menolak lamaran Aydan dan penolakan itu kehancuran Aydan. Pada Aydan kalau cinta bukan untuk dimiliki, ke mana cinta mereka hendak dibawa? Siapa sangka, asbab kelukaan itu rupa-rupanya ada pelangi indah sedang menantinya di hadapan. “Izinkan Aydan menemani Iris seumur hidup. I will follow, protect and take care of you. That’s my promise,” janji Aydan. Iris… kaulah satu untukku dan duniaku pasti milikmu.

 

MENDEKATI-MU : Weeda Airiza

Mencari ketenangan bukan mudah seperti yang disangka Julia dan Lily. Keduanya masih dijerut memori lama yang melukakan biarpun sudah 12 tahun ianya berlalu. Lily harus belajar erti reda bila bertemu Ekhwan kembali. Manakala Julia tidak menyangka, jatuh cinta pandang pertamanya dengan Ustaz Firdaus membuatkan dia mula menghakimi diri sendiri.

 

BALLADE POUR ADELINE : Norzailina Nordin

Adelin Mikayla tidak menyangka Dr. Lokman yang digilai ramai jururawat itu menyukainya. Di ambang kekeliruan hati, gadis itu terpaut pada alunan ‘Ballade Pour Adeline’ yang terpasang setiap kali menjejak kafe Le Gouter. Siapa sangka, Fawwaz Muqri pula mahu mencuri kasihnya? Ah, Adelin jadi resah!

 

BERSAMA AKHIRNYA : Damya Hanna

Aira dan Najmi membina perkahwinan atas dasar cinta. Mereka berjanji untuk sehidup semati dan mengimpikan kebahagiaan sepanjang hayat. Namun selepas 10 tahun, hubungan mereka berubah dingin dan kemesraan menjadi hambar. Apakah masih ada sinar buat mereka mempertahankan rumah tangga yang kian retak seandainya perpisahan menjadi pilihan?

 

MENYESAL : Aisya Sofea

Bagi Suri, Zayn adalah cinta pertamanya. Namun Zayn menolak sekeras-kerasnya cinta Suri yang terhampar luas untuknya. Bila gadis itu mula menjauhkan diri, mampukah Zayn menyembunyikan rasa rindunya? Sanggupkah Zayn melepaskan Suri bila mengetahui gadis yang dianggap seperti adik itu akan pergi jauh daripadanya?