Daripada Sekeping Surat Samanmu by Shila Alish

Daripada Sekeping Surat Samanmu by Shila Alish from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Shila Alish
Category: General Novel
ISBN: 978-967-0657-36-3
File Size: 4.81 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Bermula hanya DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU yang diterima dari seorang pegawai polis trafik, Megat irfan Wafiy, cikgu Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dengan dendam selama lebih 5 tahun akibat dikecewakan oleh seorang lelaki yang dicintainya separuh mati. Bagi pihak Tuan Megat, dia mula jatuh hati pada gadis yang telah disamannya itu kerana merasakan dia seperti telah mengenali gadis itu sebelum ini. “Wani….sebenarnya saya dah lama kenal awak…tapi kenal melalui gambar saja…”- Tuan Megat. Hubungan kedua-dua orang tua Tuan Megat dan orang tua Puteri Salwani yang kebetulan berkawan baik cuba mengatur jodoh mereka. Kemunculan semula lelaki durjana itu, Fauzan, telah memporak-perandakan hidupnya yang baru sahaja ingin menyemai benih-benih cinta bersama Tuan Megat “Hei! Kau dengar sini baik-baik. Wani ni sebenarnya cukup sayang dan cintakan aku dulu….dan aku yakin yang dia masih sayang dan tetap cintakan aku sekarang ini. Aku tahu dia tak dapat lupakan aku sebab aku ni kekasih awal dan akhir dia….kehadiran kau tu cuma untuk mengubat hati dia yang terluka disebabkan aku”- Fauzan Masa depannya yang mulai gelap akibat perbuatan lelaki durjana itu, menyebabkan Puteri Salwani mula berhasrat untuk mengundurkan dirinya dari lelaki sebaik Tuan Megat. “Awak…..tolonglah pergi. Saya dah tak mampu untuk berhadapan dengan awak lagi. Saya tak kuat. Tolonglah….jangan tambah lagi derita saya ni. Awak lelaki yang baik….dan memang tak layak untuk perempuan kotor seperti saya ni…”- Puteri Salwani “Saya nak Wani tahu yang saya tetap akan tunggu Wani sampai bila-bila……sampai pintu hati Wani terbuka kembali untuk saya kerana hati saya tak pernah berubah walau sebesar zarah sekali pun kerana sekali saya mencintai seseorang, insya Allah saya akan terus mencintainya selamanya…….”-Tuan Megat Pertemuan yang tidak disengajakan dengan Izham yang mempunyai paras rupa saling tidak tumpah seperti Tuan Megat, menyebabkan misi untuk melupakan Tuan Megat semakin sukar. “Awak ni artis popular ke? Kalau ya, minta maaflah…..saya memang tak minat nak mengikuti perkembangan artis-artis di Malaysia ni…..”- Izham Izham telah memberikannya jawapan kepada persoalan yang cukup dicari-carinya selama ini. Siapakah sebenarnya Izham? Apakah jawapan itu? Mampukah Puteri Salwani mengundurkan diri dari hidup Tuan Megat? Bagaimanakah pula dengan Tuan Megat? Sanggupkah dia terus menunggu jawapan dari Puteri Salwani?

Reviews

Write your review

Recommended