Nitroman
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Abu Hurairah AliasSynopsis
Hafiz, Navinesh, Hakim, Stella dan Iqlima Maisarah ialah penuntut Universiti Teknologi Metropolitan yang mengambil jurusan Ijazah Kejuruteraan Kimia dan Gas telah diberi tanggungjawab oleh pensyarah mereka iaitu Doktor Adam.
“Kenapa kita? Kenapa bukan group lain yang Dr. Adam pilih? Dr. Adam memang sengaja nak menyusahkan kita!” - Hakim
Ketika Hakim dan Hafiz menemui terowong dan ratusan balang gas nitrogen, tiba-tiba berlaku letupan yang menyebabkan Hafiz tercedera sementara Hakim pula hilang dalam kejadian tersebut.
“Tapi saya risau. Saya tak mahu kehilangan awak macam kita kehilangan Hakim,” - Iqlima
Suatu insiden berlaku apabila Hafiz berasa bimbang hendak melakukan ujikaji di makmal sehingga membuatkan cecair kimia yang dipegangnya tertumpah sehingga menyebabkan kebakaran.
“Awak jangan risau. Saya akan gunakan kuasa ais saya ni. Saya tahan sejuk. Saya bukan manusia normal lagi Iqlima,” - Hafiz
Di rumah, berlaku kejadian pelik apabila longgokan dedaunan terbakar sebaik sahaja Hafiz meluruskan jari telunjuknya ke arah longgokan daun tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila Doktor Adam menelefonnya dan memberitahu bahawa tubuh Hakim telah hilang dari hospital.