Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan dan Kebangsaan

Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan dan Kebangsaan

RM 12.00

ISBN:

978-967-0922-87-4

Categories:

General Academics

File Size

62.77 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Buku Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan dan Kebangsaan memaparkan tentang kedaulatan dan kebangsaan sesebuah negara merangkumi aspek-aspek kewilayahan, karakyatan, sistem politik dan sistem undang-undangnya berlatarkan sejarah dan undang-undang tertinggi. Buku ini amat istimewa kerana menghuraikan kenegaraan Malaysia menurut kerangka watan. Kerangka watan adalah bingkai pemikiran berasaskan pada kearifan lokal yang membina sistem politik dan sistem undang-undang berakar umbi pada sejarah dan latar belakang sebenar tanah air. Buku ini mengupas aspek-aspek yang selama ini diabaikan oleh pengkaji-pengkaji lepas apabila membicarakan kenegaraan Malaysia. Kekuatan buku ini terletak pada huraian berdasarkan jurisprudens merangkumi aspek politik dan sosiobudaya sebelum dan selepas Hari Malaysia. Matlamatnya adalah untuk membentangkan justifikasi pembinaan jati diri bangsa Malaysia seperti digagaskan dalam buku ini demi perpaduan Nasional.