HAK CIPTA: HARTA SEPENCARIAN MENURUT PERUNDANGAN SYARIAH

HAK CIPTA: HARTA SEPENCARIAN MENURUT PERUNDANGAN SYARIAH

RM 18.00

ISBN:

978-629-486-313-2

Categories:

General Academics
Religion
Law

File Size

3.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini mengutarakan tuntutan hak cipta sebagai harta sepencarian dalam perspektif perundangan Syariah di Malaysia. Hak cipta jika ditinjau dalam Islam dikenali sebagai harta yang bersifat ma’nawi dan ia diiktiraf oleh syarak dan tertakluk kepada batarsan-batasan yang ditetapkan oleh syarak. Dari aspek sivil, ia dikenali sebagai harta tidak ketara. Walaupun ia bersifat tidak ketara kerana ia adalah hasil produksi akal fikiran dan idea pencipta atau penemu, ia boleh dikategorikan sebagai harta kerana ia memiliki nilai bahkan lebih besar nilaiannya berbanding harta bersifat fizikal. Disamping itu, ia juga merupakan harta tidak ketara yang boleh dimiliki dan dipindah hak milik melalui akad yang dibenarkan dalam Islam. Sesuai dengan konsepnya sebagai harta, oleh sebab itu hak cipta boleh dikategorikan sebagai harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian jika ia diperolehi dalam tempoh perkahwinan pihak suami dan isteri tertakluk kepada sumbangan langsung dan tidak langsung oleh pihak-pihak yang menuntut.