Pendekar Siamang Gagap
RM 12.74
ISBN:
978-967-408-082-2
Categories:
General Novel
History
File Size
0.71 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2013
Favorite (1)
Author
Abdul Latip TalibSynopsis
1872.... Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.
Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula.... Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan.
Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang?
***
Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu.
Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap.