Buku Tahunan
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Noridah KamariSynopsis
Selepas menamatkan pengajian di Institusi Perguruan, Marissa teruja apabila diberi peluang mengajar di sekolah lamanya, Sekolah Menengah Anggerik. Lebih menggembirakan, dia dapat bertemu kembali dengan guru kegemarannya, Cikgu Aziz. Namun, sesuatu yang aneh—walaupun sudah sedekad berlalu, Cikgu Aziz masih kelihatan persis seperti dahulu, seolah-olah tidak dimamah usia. Sebagai sebahagian daripada sambutan Perayaan Jubli 50 Tahun sekolah, Marissa ditugaskan untuk menghasilkan video khas yang mengimbas kembali sejarah sekolah, termasuk tragedi kebakaran besar yang pernah berlaku. Ketika meneliti buku-buku tahunan lama, dia dikejutkan dengan penemuan mengejutkan—wajah Cikgu Aziz muncul dalam gambar kelas sejak 1969. Bagaimana mungkin? Siapa sebenarnya Cikgu Aziz? Mengapa wajahnya tidak berubah sejak berpuluh tahun lalu? Dan adakah Bangunan C, kawasan larangan di sekolah itu, menyimpan jawapan yang dicari?

