PENDIDIKAN ENDODONTIK: Pengajaran & Pembelajaran dalam Program Doktor Pergigian

PENDIDIKAN ENDODONTIK: Pengajaran & Pembelajaran dalam Program Doktor Pergigian

RM 20.99

ISBN:

978-629-7748-37-5

Categories:

General Academics
Family & Health
Science

File Size

3.74 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (1)

Synopsis

Setiap institusi pergigian telah merancang kurikulum tersendiri dalam pengajaran endodontik prasiswazah bagi memastikan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti apabila tamat pengajian. Persepsi dan tahap keyakinan pelajar terhadap rawatan endodontik dianggap sebagai komponen utama dalam pemantauan kualiti program akademik. Ini adalah kerana ia dapat memberikan maklum balas yang bermanfaat untuk menambahbaik kurikulum sedia ada. E-buku ini telah membincangkan beberapa persamaan dan perbezaan dari segi corak pengajaran didaktik, praklinikal dan klinikal endodontik di antara institusi pergigian di Malaysia dan beberapa institusi dari Indonesia dan Thailand. Penggunaan teknik penyediaan kanal preflaring, penggunaan natrium hipoklorit sebagai irigasi, kalsium hidroksida sebagai ubat kanal akar, dan teknik pemadatan lateral sejuk sebagai kaedah utama obturasi telah dibincangkan. Dari segi persepsi, kebanyakan pelajar di Malaysia menganggap rawatan akar sebagai satu prosedur yang sukar dan mereka memilih gigi kacip tengah atas sebagai gigi pertama untuk dirawat berikutan morfologinya yang ringkas. Tahap keyakinan pelajar ketika menjalankan rawatan akar dan juga persepsi mereka terhadap kurikulum yang telah dilalui oleh mereka juga telah diterangkan di dalam e-buku ini. Secara amnya, kurikulum endodontik bagi institusi pergigian yang terlibat dalam pemantauan ini adalah setanding antara satu sama lain dengan sedikit perbezaan yang berkaitan dengan masa permulaan latihan praktikal, penggunaan empangan gigi, penggunaan bius setempat dan penglibatan pakar endodontik.