Lebaran Syahdu Pian
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
Pian dipulaukan dek satu kesalahan yang terpaksa ditanggungnya seumur hidup. Abang kembarnya yang membuat onar, dia pula yang terpaksa menjadi pak sanggup. Pian, seorang pemuda kampung yang berhati luhur telah dikahwinkan bersama Naili, perempuan kaberat bandar. Semua orang kampung tahu pekerjaan Naili yang amat memalukan itu. Namun, Pian tetap menangkan Naili. Walaupun, seisi dunia mencemuh perempuan kaberat itu. Pian tetap berada di sisi Naili, isteri segeranya. “Hah! Kau buat apa balik kampung sini? Abang kau tu mana?! Buat malu kampung kita sahaja.” – Makian penduduk kampung. “Pak Mad, abang saya dah meninggal. Kenapa mesti diungkit kisah lama? Arwah pun dah tak ada. Saya rindukan kampung kelahiran ni. Saya nekad mahu berpuasa dan beraya di sini.” – Pian “Kau tak layak jejakkan kaki di tanah kami, Pian. Dahlah bawa balik perempuan kaberat duduk serumah! Sengaja mahu mencemarkan nama baik kampung kami lagi? Huh!” – Cacian penduduk kampung lagi. “Astaghfirullahalazim. Jangan tuduh Abang Pian yang bukan-bukan. Dialah manusia terbaik yang Naili telah kenali dan nikahi.” – Naili “Ah, kau pun sama! Dasar perempuan tak tahu malu. Anak yang kau kandungkan tu anak tak sah taraf tahu tak!” – Tohmahan penduduk kampung terus-terusan. “Dahlah Naili, jom kita balik rumah. Selama mana kita nak bergaduh di sini. Hari baik bulan baik ni tak elok kita sesama muslim bertelagah.” – Pian “Tapi Abang Pian tak salah…” – Naili “Tak mengapa, Naili. Biarkan sahaja mereka dengan tohmahan mereka. Kita teruskan hidup kita di sini. Semoga segalanya baik-baik sahaja untuk kita.” – Pian “Kau takkan tenang di kampung kami.” – Tekad penduduk kampung pula. Ternyata, kepulangan pasangan suami-isteri segera itu benar-benar tidak didendangkan. Akankah cacian dan makian terus-terusan meniti di bibir-bibir penduduk kampung kepada mereka berdua? Niat baik Pian untuk membawa pulang Naili ke kampung kelahiran mereka semula benar-benar menggugat prinsipnya. Apakah yang terjadi seterusnya kepada mereka? Sama-sama kita ketahui dalam Lebaran Syahdu Pian.

