Bentala Pantun

Bentala Pantun

RM 44.00

ISBN:

978-629-7754-45-1

Categories:

General Academics
Language & Dictionary

File Size

20.77 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Publisher

UPM Press

Synopsis

Setiap maklumat yang disajikan dalam buku ini, adalah pengalaman peribadi penulis sebagai sang pengarang, penulis dan penggiat pantun, serta menjadi juri atau hakim mana-mana pertandingan pantun di seluruh Malaysia. Menjadi harapan nan tinggi agar pembaca jatuh cinta dan bercinta dengan warisan Melayu yang berumur ratusan tahun, iaitu pantun. Insya-Allah pembaca terjentik jiwa dan rasa mengetahui kearifan serta kecerdikan akal budi Melayu menerusi pantun. Penulis menghadiahkan Bentala Pantun, Ujana Pantun, Senandika Pantun dan serta Kiat/Tip Mengarang Pantun kepada pembaca untuk memahami, menguasai dan menghayati kearifan, kecerdikan dan kelegitan pantun. Unsur alam dikongsikan kepada pembaca secara langsung dengan melibatkan tiga hubungan, iaitu hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Terselit harapan mulus agar pembaca kembali mengenal pantun, dari sudut struktur asas pembinaannya, ilmu lanjutan, penghayatan serta penguasaan, selain daripada mempelajari sesuatu menerusi buku ini. Pantun amat eksklusif sebagai warisan dunia dan sememangnya hak eksklusif Melayu, tetapi pantun bukan hak eksklusif total, tetapi adalah hak umum. Ini wajah pantun cantik bahasa bagai digambar.