30 Ramadhan Menyulam Cinta

30 Ramadhan Menyulam Cinta

RM 10.00

ISBN:

30Ramadhan_01

Categories:

Teen Novel
General Novel
Romance

File Size

1.48 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (2)

Synopsis

Sinopsis Anjasmara Shah Putera, pewaris muda yang terkenal dengan perangai liar dan ego yang menebal. Dia langsung tidak menyangka sesuatu bakal merubah seluruh hidupnya. Dalam satu ayat pendek tapi penuh kuasa, nenda mengumumkan tarikh pernikahannya dan ia akan berlangsung di bulan Ramadhan, dengan gadis pilihan nenda, Puteri Aqma Dylaila. Bagi Putera, ini satu kejutan yang tidak dijangka. Jantungnya berdegup kencang, bukan kerana cinta tapi marah mendengarkan perkhabaran itu. Dia belum bersedia. Dia tidak pernah terfikir untuk menikah. Apatah lagi bersama seseorang yang langsung tidak dikenalinya. Namun, nenda yang tegas awal-awal telah melancarkan misinya. Kenderaan Putera disekat serta kursus kahwin didaftarkan atas nama cucunya. Ah, tiada ruang untuk Putera melarikan diri. Saat Putera bertemu dengan Aqma Dylaila, gadis itu tidak seperti yang dibayangkannya. Lembut, bijak, namun penuh prinsip. Setiap detik bersama Aqma mula mencairkan hati keras Putera. Dia tidak lagi melihat pernikahan itu sebagai satu paksaan tetapi sebagai satu peluang untuk belajar mencintai dan dicintai. Dalam ramadhan penuh keberkatan, dua jiwa yang berbeza saling belajar untuk menyesuaikan diri. Dalam diam, cinta mula bertunas di hati Putera. “Kerana cinta kadang hadir bukan melalui pilihan, tetapi melalui perancangan takdir yang indah.”