Fiqh Ketenteraan bagi Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)

Fiqh Ketenteraan bagi Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)

RM 21.00

ISBN:

978-629-486-438-2

Categories:

Religion

File Size

4.69 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam melaksanakan ibadah bagi anggota Angkatan Tentera Darat Malaysia, dengan fokus khusus pada Tentera Darat. Ia dimulakan dengan meletakkan asas pemahaman tentang konsep ibadah dalam Islam dan kepentingannya bagi anggota tentera Muslim. Buku ini juga memberi gambaran terperinci tentang pelbagai bentuk latihan dan operasi ketenteraan,termasuk yang mencabar seperti latihan iktihar hidup, operasi sniper dan misi pengaman PBB. Perbincangan kemudian menjurus kepada cabaran beribadah yang dihadapi oleh Tentera Darat dalam melaksanakan latihan dan operasi, misalnya kesulitan dalam solat, puasa dan ibadat lain. Konsep masyaqqah (kesukaran) dan rukhsah (kelonggaran) dalam perlaksanaan ibadah ketika menjalankan tugas di darat, laut dan udara dihuraikan secara mendalam. Buku ini diakhiri dengan pemahaman terhadap konsep talfiq (Penggabungan mahzab) sebelum dibincangkan penyelesaian kepada masyaqqah yang dihadapi oleh anggota tentera melalui pendekatan talfiq mazhab. Secara keseluruhan, buku ini menyediakan panduan komprehensif tentang perlaksanaan ibadah dalam konteks ketenteraan.