Analisis Perundangan: Kontrak Projek Laluan Rel Pantai Timur antara Malaysia dengan China
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek mega yang ditandatangani Malaysia dan China pada tahun 2016. Projek ini telah mengalami beberapa perubahan dari keputusan pembatalan projek oleh kerajaan Malaysia sehingga ke keputusan penyambungan semula projek. Dengan ini, projek ECRL akan disambung semula melalui perjanjian baharu dengan harga pembinaan projek yang lebih rendah serta jajaran baharu. Selain itu, kadar peratusan penglibatan kontraktor tempatan ditambah dari 30 peratus kepada 40 peratus dalam perjanjian baharu. Masalah-masalah yang timbul ialah sambutan dan keupayaan kontraktor tempatan dalam projek ECRL; sistem pengurusan tiket; dan usaha operasi serta penyelenggaraan ECRL. Oleh itu, satu analisis perundangan terhadap projek ECRL dijalankan untuk mengaji jenis kontrak dan terma-terma kontrak, menganalisis kesan pelepasan kontrak dahulu projek ECRL, membandingkan Akta Kontrak 1950 Malaysia dengan Undang-undang Kontrak Republik Rakyat China dan mencadangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan kontrak projek ECRL. Kontrak projek ECRL telah memenuhi syarat elemen-elemen utama kontrak seperti cadangan, penerimaan, balasan, niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang, keupayaan dan kerelaan bebas. Namun begitu, projek ECRL mengalami status perubahan yang besar dari tahap pembatalan projek sehingga ke peringkat penerusan projek. Kerajaan Malaysia tetap perlu membayar ganti rugi kepada kontraktor projek kerana berlakunya pergantungan kerja dan pembatalan stesen dahulu selepas hasil rundingan projek. Walau bagaimanapun, kos pampasan tersebut adalah jauh lebih rendah daripada jumlah pampasan seluruh pembatalan projek. Malahan, Akta Kontrak 1950 dan Undang-undang Kontrak Republik Rakyat China yang merupakan sumber perundangan kontrak primer di negara masing-masing adalah penting untuk memahami perspektif perundangan kontrak antara kedua-dua negara semasa memasuki sesuatu perjanjian. Akhir sekali, cadangan penambahbaikan sistem pengurusan tiket yang rapi; kemahiran rakyat tempatan dalam fasa operasi dan penyelenggaraan; serta pemindaan Akta Kontrak 1950.

