Islam: Pelindung Manusia dan Alam
RM 27.50
ISBN:
ISBN978-967-0044-34-7
Categories:
General Novel
File Size
51.57 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2025
Favorite (0)
Synopsis
Alam serta sumbernya sentiasa kalah di tangan manusia. Dalam "pertarungan" antara kesejahteraan alam sekitar dengan kemajuan manusia, alam sentiasa "mengalah" kerana kesejahteraan manusia menjadi keutamaan. Kesannya, berlaku pelbagai masalah alam sekitar sehingga menggugat mutu kehidupan manusia. Jalan penyelesaian masalah ini perlu diusahakan. Dalam hal ini, pendekatan holistik atau menyeluruh adalah yang terbaik bagi menjayakan usaha tersebut. Pendekatan holistik turut merangkumi pendekatan agama. Pendekatan agama merupakan asas yang menyokong pelbagai pendekatan lain. Pendekatan Islami dalam menyelesaikan isu persekitaran merupakan intipati buku Islam: Pelindung Manusia dan Alam. Pandangan hidup Islam menawarkan jalan keluar daripada kemelut persekitaran kini dengan syarat setiap prinsip ajaran Islam berkaitan dengan pemuliharaan alam diamalkan sebaik mungkin.

