1000X
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
GwendalvonleeSynopsis
Hubungan percintaan yang terjalin di antara Kang Yuna dan Kim Jae mengundang padah, apabila sahabat baik kepada Jae juga memiliki perasaan cinta terhadap wanita itu. Bermacam cara Lee Min lakukan untuk mendapatkan cinta Yuna sewaktu Jae dilanda kesibukan untuk mengurus syarikat baharu di Busan. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil apabila Jae kembali semula ke Seoul dengan keinginan untuk melamar Yuna menjadi isterinya. Kad peringatan yang bertulis ‘hati-hati’ sejak Jae kembali ke Seoul menjadi seribu tanda tanya. Walaupun begitu, dia hanya mengabaikan saja dan terus menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi, siapa sangka akibat mengabaikan kad peringatan itu. Akhirnya, berlaku satu tragedi hitam yang langsung tidak terbayang dek akal fikiran. “Oppa saranghae.” – Kang Yuna. Itulah ungkapan terakhir yang Jae dengari sebelum dunia berubah menjadi gelap-gelita tanpa sinaran cahaya. Apa yang telah berlaku? Siapa yang menghantar kad amaran tersebut? Bagaimana pula dengan perancangan Jae untuk melamar Yuna, adakah berjaya?

