Jodoh Buat Aaira

Jodoh Buat Aaira

RM 15.00

ISBN:

9786299743422

Categories:

General Novel

File Size

6.80 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

AAIRA Kaysa, pengalaman lalu membuatkan dia tekad menyerahkan tugas mencari jodoh kepada emak dan abah. Tapi lain pula jadinya bila calon sudah dibawa depan mata. Satu persatu Aaira tolak. Alasannya kerana calon itu tidak penuhi dua syarat yang Aaira letak. Tak ada pelik sangat pun syaratnya; 1. Wajib solat lima waktu sehari 2. Tidak merokok Pertama, emak dan abah carikan Wafi. Lelaki itu gagal teruk dalam kedua-dua syarat yang Aaira beri. Kedua, hadir pula Khairy, teman sepermainan Aaira. “Kalau tak merokok, bulan depan pun dah boleh bersanding,” kata Aaira. Ada si Elman, yang lulus kedua syarat, itu pun Aaira tak nak. Katanya, tak nak sepejabat. Hai, pening! Berbulan-bulan, emak dan abah terus mencari jodoh untuk si bongsu ini. Lalu, Aaira dipertemukan dengan seorang lagi calon, Luqman. “Aku dengar, kau ni kerja reject orang aje. Confident sangat ke takkan ada orang reject kau?” Berdesing telinga Aaira dengan ungkapan itu. Memang pasti sangat, yang ini pun bakal kena reject. Mulut macam hantu! Ada pula si secret admirer, yang rajin hantar makanan. “Google share with me, that… the people who give you their food, give you their heart.” Aaira kata, “Dah umur-umur macam ni, mak cik tak minat dengan misterilah Encik Secret. Mak cik kena berpijak di alam realiti.” Habis, siapa yang bakal lulus jadi jodoh buat Aaira?