Pantun Teka-Teki Fikir dan Tafsir
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Azimin DaudSynopsis
Buku ini menghidangkan pantun secara didik hibur dalam bentuk teka-teki yang mudah difahami. Pantun-pantun yang dihidangkan kepada pembaca dibekali ilustrasi yang menarik dan sekali gus dapat mengenal unsur alam dalam pantun melaluinya. Pengenalan unsur alam dibentangkan kepada pembaca secara langsung dengan melibatkan tiga hubungan secara umum, iaitu hubungan dengan pencipta, manusia dan alam. Pantun yang terkarang diperkuat dengan pengenalan perkataan-perkataan yang biasa didengar tetapi tidak pasti atau tidak langsung diketahui oleh pembaca melalui gambar dan glosari. Melalui pendekatan ini, pembaca akan kembali kepada norma pendidikan mempelajari sesuatu melalui pengamatan gambar, merujuk warna, dan mandala atau doodle yang diterapkan dalam buku ini. Mandala atau doodle yang disertakan adalah sebagai terapi minda kepada pembaca selain penerapan ilmu melalui teknik pertanyaan ingkar kepada pembaca sebagai latihan serta pengukuhan pemahaman terhadap pantun. Menyarit kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun Melayu bukan mudah. Memerlukan pelbagai sifir, falsafah, perbendaharaan kata, kelogikan pembayang serta maksud; kendatipun ilmu yang cukup tinggi untuk menjejaki jejak dan memperbaharui babak dalam dunia pantun. Fikir dan tafsir menjadi titik tumpu kepada pembaca untuk memberi nilai kesarjanaan pantun teka-teki dalam pemikiran dan penafsiran masyarakat.

