Kaedah Hafazan Al-Quran Tematik
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik memperkenalkan secara lengkap dan praktikal suatu pendekatan baru dalam menghafaz al-Quran. Kaedah ini disusun khusus dan disesuaikan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggunakan dana geran penyelidikan untuk mendukung persekitaran pembelajaran murid-murid pintar berbakat di sekolah Kolej PERMATA Insan (KPI). Ia juga sesuai dipraktikkan di sekolah-sekolah arus perdana lainnya. Secara asasnya metod tematik ini memudahkan hafalan. Dengan cara memandu murid dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran berasaskan tema-tema dan cerita-cerita yang saling terkait; ia memberikan konteks yang lebih mendalam dan pemahaman yang lebih luas. Buku ini menyajikan panduan lengkap, dari rancangan pelaksanaannya hingga pendekatan pentaksirannya. Pelaksanaannya merangkumi sukatan, jadual waktu, kaedah tasmik, kaedah murajaah dan lain-lain. Buku ini juga merupakan hasil cambahan idea, penulisan, dedikasi dan sumbangan daripada guru-guru al-Quran dan pensyarah-pensyarah yang sangat membantu dan terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan dan menambahbaik penulisan ini. Diharapkan melalui buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik, perkongsian kecil ini dapat memberikan manfaat, menyuntik motivasi dan menyumbang kepada kemeriahan dunia hafazan al-Quran di Malaysia, khususnya bagi sekolah-sekolah tahfiz. Kami memohon kepada Allah agar jariah ini memberikan inspirasi dan manfaat yang luas, membantu menciptakan generasi yang lebih arif dan mendalam dalam penghafazan al-Quran.

