MISTERI KEMATIAN DEWI
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Miz NurulSynopsis
Dewi bukan sekadar seorang wanita. Dia simbol kejayaan, pengasas empayar kosmetik terkenal, isteri kepada lelaki idaman ramai, dan bakal ibu yang penuh harapan. Hidupnya tampak sempurna. Sehingga satu malam, semuanya diragut dalam sekelip mata. Mayatnya ditemui di sebuah bilik hotel mewah, berlumuran darah meninggalkan seluruh negara terkejut dan bertanya, siapa yang sanggup membunuh wanita sebaik Dewi? Suaminya, Aryan, kelihatan musnah. Sahabat baiknya, Mira, tidak percaya dengan kebetulan. Dan dalam kegelapan yang menyelimuti kisah ini, rahsia mula terbongkar tentang cinta yang menuntut balasan, dan dendam lama yang tak pernah padam. Siapakah sebenarnya yang berada di sebalik wajah bertopeng itu? Dan benarkah Dewi benar-benar pergi? Misteri Kematian Dewi membawa anda menyelami sisi gelap sebuah cinta yang mampu membunuh bukan sahaja jasad… tetapi jiwa.

