Teras Ilmu dalam Menerokai Budaya dan Tradisi Masyarakat Malaysia
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Ed: Mashitah SulaimanSynopsis
Budaya dan adat tradisi merupakan dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk memahami dan menghayati dinamika masyarakat dalam konteks kepelbagaian di Malaysia. Kedua-dua konsep ini penting untuk difahami dan dihayati bagi menggambarkan dinamika sesebuah masyarakat. Buku Teras Ilmu dalam Meneroka Budaya dan Tradisi Masyarakat Malaysia ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada pembaca tentang kepentingan budaya dan adat tradisi dalam masyarakat ke arah pembinaan peradaban yang unggul. Kerangka konsep teras ilmu yang dibincangkan dalam buku ini merupakan perbahasan mengenai budaya, adat resam dan tradisi masyarakat di Malaysia yang dilihat dari perspektif bidang dan korpus ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Himpunan 11 makalah atau bab berkenaan merupakan teras ilmu peradaban Malaysia dalam meneroka budaya dan tradisi masyarakat di Malaysia dari perspektif sains sosial dan kemanusiaan dengan tiga tema utama di atas, diharap dapat menyajikan kepada pembaca kepentingan memelihara warisan budaya dan adat tradisi masyarakat yang melambangkan ketinggian peradaban pelbagai di Malaysia khususnya, dan di dalam konteks Alam Melayu, amnya.

