Dunia Flora dalam Al-Quran: Integrasi Tafsir Tematik Al-Quran dan Sains Tumbuhan
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini membincangkan tentang ayat-ayat al-Quran yang menyebut nama tumbuh-tumbuhan dan inti pati perbincangan al-Quran berkaitan tumbuh-tumbahan ini. Pembahagian bab dalam buku ini juga adalah mengikut tema asbab penurunan ayat al-Quran dan juga jenis tumbuhan tersebut. Selain daripada itu, buku ini juga membincangkan mengenai proses pertumbuhan tanam-tanaman yang dinyatakan di dalam al-Quran. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membangunkan minda ensiklopedia mengenai isi kandungan al-Quran yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ini. Menerusi buku ini, pembaca secara langsung terus mengingati ayat al-Quran yang menyebut mengenai tumbuhan ini. Minda ensiklopedia seperti ini perlu dibangunkan kepada anak didik dan orang ramai supaya mereka bertambah dekat dengan al-Quran dan mengetahui inti pati perbincangan al-Quran berkaitan tumbuhan.

