Misi Menyelamat Bukan Muslim. Siri 1 : Dengarlah Panggilan Kebenaran
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Eda Fadlina A KadirSynopsis
Buku ini mengajak pembaca menelusuri persoalan paling besar dalam hidup: Agama apakah yang benar di sisi Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk? Persoalan ini bukan sekadar pilihan sampingan, tetapi penentu kebahagiaan abadi selepas kematian. Tuhan yang menciptakan seluruh manusia, telah menegaskan bahawa hanya Islam satu-satunya agama yang diterima untuk dibawa kembali menghadap-Nya di alam selepas kematian. Saya rungsing melihat mereka yang belum menerima risalah kebenaran. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi mengingatkan dalam Kitab-Nya berulang kali tentang mereka yang TIDAK MAHU BERFIKIR yang menyebabkan mereka TERSEKSA dalam neraka BUAT SELAMA-LAMANYA! Kerugian terbesar bilamana neraka menjadi seburuk-buruk tempat tinggal ☹. Ingatlah, SYAITAN bertekad MENYESATKAN MANUSIA hingga ke neraka. Jangan biarkan syaitan merampas kebahagiaan abadi yang menanti kalian. Dunia yang tampak indah menjadikan manusia tidak sempat berfikir apa perkara penting yang perlu dibawa selepas kematian menjemput.

