Kelangsungan Bahasa Bugis di Johor: Antara Pengaruh dan Identiti
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku Kelangsungan Bahasa Bugis di Johor: Antara Pengaruh dan Identiti membincangkan jati diri masyarakat Bugis di Johor melalui bahasa yang mereka tuturkan. Ia mengkaji bagaimana bahasa Bugis beradaptasi dengan persekitaran tempatan dan mengekalkan identitinya meskipun menerima pengaruh luar. Buku ini merangkumi perbincangan tentang penggunaan kata pinjaman, peranan bahasa dalam pembentukan identiti, serta faktor-faktor yang mempengaruhi kelangsungan penggunaannya seperti kekeluargaan dan pekerjaan. Buku ini turut menekankan kepentingan pemuliharaan bahasa Bugis dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, sekaligus menjadikannya sumber rujukan penting bagi mereka yang berminat dalam bidang kajian linguistik dan budaya. Buku ini menarik kerana bukan sekadar merupakan kajian linguistik, tetapi juga mengungkap bagaimana bahasa menjadi lambang identiti dan warisan budaya dalam komuniti minoriti. Dengan pendekatan yang mendalam, ia memberikann gambaran yang jelas tentang cabaran pemeliharaan bahasa dalam era moden. Bagi pembaca yang berminat dengan budaya, sosiolinguistik dan sejarah masyarakat Bugis di Malaysia, buku ini menawarkan perspektif unik yang memperkayakan pemahaman tentang hubungan antara bahasa, identiti dan perubahan sosial.

