Koleksi Bahan Bantu Mengajar Digital Bahasa Melayu Sekolah Menengah
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Halimah JamilSynopsis
Buku ini mengandungi pelbagai bahan bantu mengajar Bahasa Melayu berbentuk digital yang telah dihasilkan oleh bakal guru yang mengambil program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh bakal guru ini sama ada dalam bidang bahasa atau komponen sastera. Bahan ini bertujuan untuk memberi pengalaman sendiri kepada bakal guru untuk membuat persediaan sebelum mereka melangkah ke lapangan, iaitu di sekolah kelak. Bahan bantu mengajar yang berbentuk digital ini dihasilkan bertujuan untuk menyahut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Malaysia (DPD) pada tahun 2023. Oleh itu, buku ini diharap dapat menjadi rujukan kepada mahasiswa dan mahasiswa sama ada yang sedang dalam pengajian di Universiti Awam (UA), Institut Perguruan Malaysia (IPG), guru-guru di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan seluruh masyarakat yang meminati bidang pendidikan Bahasa Melayu.

