Sokongan Rawatan Pemulihan Penagihan Dadah Menerusi Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri

Sokongan Rawatan Pemulihan Penagihan Dadah Menerusi Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri

RM 28.50

ISBN:

978-629-7754-51-2

Categories:

General Academics

File Size

27.84 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini mengemukakan kaedah baharu, iaitu Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri dalam membantu klien yang sedang menjalani proses rawatan pemulihan penagihan dadah atau substans. Matlamat utama bimbingan kepimpinan kendiri adalah: (i) membantu klien merealisasikan impian menjadi individu berimpak pada pembangunan negara dengan bebas daripada penyalahgunaan dadah, dan (ii) klien kekal dalam pekerjaan atau bidang yang diusahakan. Buku ini mengandungi sembilan bab yang memperincikan pelaksanaan Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri secara teori dan praktikal. la mudah difahami dan diikuti pembaca kerana gaya penulisan adalah bersifat komunikasi secara lisan. Buku ini juga merupakan antara buku pertama yang menggabungkan pendekatan Terapi Kognitif-Tingkah laku (CBT) dan Pemprograman Neuro-Linguistik (NLP). Secara keseluruhannya, sebanyak 12 aktiviti dan latihan kendiri dikongsikan dalam buku ini untuk membimbing klien meningkatkan keyakinan diri, merancang strategi untuk mencapai matlamat, meningkatkan kecemerlangan fizikal dan rohani serta mengubah cara mereka berfikir. Pembaca juga berpeluang memperoleh tujuh kemahiran asas bimbingan dan enam teknik terapi dalam membantu klien. Di samping itu, panduan pelaksanaan pemantauan aktiviti kendiri klien juga dibekalkan di bab akhir buku ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai niat dan minat untuk menjadi rakan pembimbing boleh menggunakan buku ini. Ahli akademik dan pelajar juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan untuk kerja akademik dan penulisan kerja ilmiah.