Warkah Diplomatik Melayu

Warkah Diplomatik Melayu

RM 45.00

ISBN:

978-629-7754-55-0

Categories:

General Academics

File Size

27.21 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Warkah berhias dan warkah emas adalah antara dokumen tinggalan sejarah yang sehingga kini masih boleh diakses di institusi-institusi yang menyimpan khazanah warisan bangsa di serata dunia. Pada zaman kesultanan Melayu dan wujudnya sistem tulisan, warkah menjadi medium perantaraan utama dengan kerajaan-kerajaan lain dan juga gabenor dari Eropah. Warkah mempunyai struktur penulisannya tersendiri dan dihiasi dengan iluminasi menarik yang terdiri daripada alam flora, haiwan dan juga cakerawala. Menerusi buku ini, pembaca akan dihidangkan dengan pengenalan kepada warkah yang menyentuh mengenai komponen, elemen dalaman dan fizikal, peranan jurutulis istana dan penelitian ilmiah berkenaan warkah. Di samping itu, turut dibincangkan tentang pendekatan dan tatacara filologi, elemen komunikasi interpersonal yang ditemui dalam warkah Melayu serta keragaman bingkisan hadiah diplomatik daripada orang Melayu kepada gabenor Eropah seperti Raffles, Lord Minto dan Baron Van Der Cappellen dalam menjalinkan hubungan atau sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Warkah yang kaya dengan kepustakaan ilmu ini tercipta adalah hasil daripada daya fikir, usaha serta ketelitian pihak istana memanifestasikan suatu khazanah keintelektualan terbaik dan berkualiti serta tinggi nilainya. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan akan dapat menyumbangkan dan menambahkan perolehan ilmu dalam pengkajian genre warkah dan seterusnya dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional.