Selubung Batik

Selubung Batik

RM 36.88

ISBN:

9789672394464

Categories:

Teen Novel
General Novel

File Size

19.39 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Zainab menyedari suatu keanehan. Wanita itu melihat Mak Cik Khadijah dan Pak Samad bergegas-gegas meninggalkan rumah lalu menaiki kereta tanpa kelihatan susuk Salmah, menantu mereka. Keanehan itu akhirnya bertukar satu kegusaran apabila dua orang itu tidak juga pulang ke rumah mereka. Zainab yang tidak dapat menahan diri terus menjenguk rumah itu. Lantas dia disampuk satu kejutan. Dia menjumpai Salmah digari dan dikurung di dalam rumah dalam keadaan yang tidak terurus sama sekali. Dengan belas kasihan, Zainab membawa wanita itu pulang ke rumahnya untuk tinggal bersama. Salmah diserang demam dan sakit yang berpanjangan. Ada sahaja kejadian yang membuatkan kebahagiaan mereka sekeluarga semakin hari semakin tipis terhakis. Salmah sering meracau dan menyakitkan diri sendiri. Walaupun masih jauh kelihatan untuk Salmah akan bertambah sembuh, Zainab yakin suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi normal seperti mereka semua. Kehadiran wanita selubung batik yang sering muncul di rumah itu juga membawa satu episod baru dalam hidup mereka. Kemuncaknya, Mariam yang sarat mengandung bermimpi, susuk itu cuba mengambil bayi dalam kandungannya. Malah sering kali juga mereka sekeluarga melihat susuk itu muncul dan kemudiannya menghilang di sebalik dinding dan kegelapan. Apakah kaitan Zainab, Mariam, Salmah dan wanita berselubung batik itu sebenarnya.