MODUL FALSAFAH DAN ISU SEMASA
RM 15.00
ISBN:
978-629-7776-15-6
Categories:
General Academics
File Size
3.86 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2025
Favorite (0)
Synopsis
Kursus Falsafah dan Isu Semasa yang mula diperkenalkan pada tahun
2020 mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan isi dan struktur
kandungan kursus yang sangat bermanfaat kepada seluruh mahasiswa
dalam membentuk potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek ilmu pengetahuan serta kemahiran insaniah.
Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam membentuk
pemikiran kritis dalam kalangan pelajar Universiti Pertahanan Malaysia
amat dituntut. Pendekatan kontekstualisasi melalui kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara akan dijelaskan dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus ini agar para pelajar mampu
menyerap kerangka pembinaan falsafah dalam kehidupan.
Selain dari itu, pendekatan analisis melalui subtopik-subtopik
falsafah seperti ilmu logik, psikologi, metafizik dan epistemologi turut
dimasukkan dalam kandungan kursus supaya dapat membina daya-saing
pemikiran kritis semasa berbanding dengan pendekatan dogmatik falsafah
yang sekadar bertumpu kepada sejarah aliran-aliran pemikiran dalam
pengajaran falsafah. Sementara itu, aplikasi dalam isu semasa ditekankan
dalam aspek ideologi-relativisme pascamoden dan dekolonisasi dualisme
cartesian adalah bertujuan untuk menganalisis isu semasa melalui domain
analisis falsafah. Kesemua subtopik ini diajar adalah untuk membina
kemahiran pemikiran kritis antaranya membuat analisis, sintesis,
perkaitan, inferensi, klasifikasi atau kategori, mentafsir, menterjemah,
membanding beza, menilai, menimbang, mencerakin, merumus,
menghujah, membukti, memerhati, memeriksa, mengkaji dan yang
seumpamanya.

