Pasaran Kewangan dan Pasaran Komoditi: Risiko dan Peluang

Pasaran Kewangan dan Pasaran Komoditi: Risiko dan Peluang

RM 45.00

ISBN:

978-629-7840-47-5

Categories:

Accounting & Statistics
General Academics
Business & Management
Finance & Investments

File Size

43.51 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Hubungan antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi di rantau ASEAN kini semakin kompleks, dipacu oleh integrasi ekonomi serantau, globalisasi dan perubahan dasar ekonomi dunia. Buku ini membawa pembaca menelusuri cabaran, dinamika dan peluang yang wujud apabila pasaran saham, pasaran tukaran asing, pasaran emas dan pasaran minyak berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung. Melalui pendekatan ekonometrik lanjutan seperti GARCH multivariat dengan penggunaan taburan multivariat-t, buku ini membentangkan analisis korelasi dinamik dan limpahan kemeruapan antara aset-aset penting ini, khususnya semasa krisis kewangan global 2007–2009, peristiwa geopolitik dan dasar luar negara. Hasil dapatan memberikan gambaran yang lebih baik tentang pola risiko dan kebergantungan pasaran selain dapat menjadi rujukan berguna bagi pelabur, pengurus risiko, pembuat dasar dan ahli akademik dalam merangka strategi menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Persoalan seperti bagaimana pasaran kewangan ASEAN-5 bertindak balas terhadap kejutan serantau dan global, sama ada emas berperanan sebagai aset lindung nilai semasa krisis serta faktor utama yang menentukan hubungan dinamik antara pasaran dibincangkan dengan terperinci dalam buku ini yang disokong oleh analisis dan bukti empirik. Penemuan-penemuan ini menjadikannya salah satu rujukan berguna untuk memahami kelestarian dan daya tahan ekonomi rantau ini.