DIMENSI KEROHANIAN ISLAM DALAM AMALAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku Dimensi Kerohanian Islam dalam Amalan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menghuraikan secara ilmiah amalan-amalan dalam PSSCM dan menilai unsur kerohaniannya daripada sudut Islam. Sebagai sebuah seni bela diri warisan Melayu, Silat Cekak bukan sahaja menumpukan kepada aspek pertahanan diri, malah berperanan penting dalam membina jati diri Muslim, akhlak terpuji dan sahsiah seimbang berlandaskan nilai-nilai Islam. Pendekatan penyelidikan kualitatif digunakan dalam penulisan ini, melibatkan analisis dokumen, temu bual bersama tenaga pengajar dan ahli PSSCM, serta pemerhatian lapangan untuk memahami secara mendalam nilai-nilai kerohanian dalam setiap amalan yang terdapat dalam PSSCM. Justeru, buku ini memperlihatkan tentang unsur kerohanian dalam amalan PSSCM yang tidak bertentangan dengan syarak, malah ia mengandungi pendidikan rohani dan akhlak yang mampu menyumbang ke arah pembinaan insan yang terpuji. Buku ini sesuai dijadikan rujukan ilmiah kepada para pelajar dan penyelidik yang berminat memahami hubungan antara seni, budaya dan nilai-nilai kerohanian Islam dalam konteks pembangunan diri dan masyarakat.

